Thursday, December 05, 2013

pengalaman

Hai lagi

Ada yang tanya aku macam mana perasaan aku ketika daany mengidap leukimea. Memang shock giler tapi aku tak boleh tunjuk depan dia... Blog ni aku nak sharelah dengan korang pengalaman aku bersama daany ketika kanser.

Korang kena sabar sangat- sangat ya memang tak dinafikan ketika daany kena kanser dia cepat marah tanpa dia sedar. Kita kena sabar sangat tapi lepas tu dia akan minta maaf. Memang korang takut kadang2 perkara kecil pun dia akan marah.

Sensitif MEMANG! orang mengidap kanser memang sensitif. Kita kena banyak bersabar. Aku tak faham perasaan dorang tapi aku tahu dia derita. Kita jangan cakap yang berkaitan dengan diri dia. Hari itu aku layan cerita Kekasih ku IS setan kan. Dia sangat berubah termenung tapi pura2 gembira

Masa lepas kemo memang agak perit untuk aku jugalah. Kadang2 aku jenguk dia jadi dia selalunya tidur lepas tu dia akan tak senang duduk kadang2 sejuk kadang2 dia panas. Muntah memang selalu. Tapi bila dia nak muntah or ape2 dia akan suruh aku keluar. Memang tengkinglah...

Lepas tu masa dia sakit dia akan tahan. Aku ni punyalah panic. Tangan dia sejuk muka berpeluh bibir pucat. Dan dia agak susah berjalan cepat letih kadang2 dia akan pening dan mungkin pengsan. Aku belum pernah tengok daany pengsan depan aku.

Masa aku tahu dia kanser tu muka dia selamba! Ramai suruh aku break dengan dia! Tapi dia orang pertama aku suka jadi agak susahlah! itu bukan penyakit yang dia nak. Dia tak minta pun

Masa date jumpa pun susah juga! Rambut dia gugur dia selalu pakai topi apa2 topi dia takkan bagi aku tengok dia botak dia cakap "buruklah ila" aku tak kesah bagi aku sama je. Tapi daany ni seorang yang kuat ketika mak ayah abaikan dia , dia still kuat !

Sedih? mestilah sedih tapi aku tak nak sedih2 bukan boleh sembuhkan dia pun! Walopon aku tahu itu penyakit yang paling bahaya tapi aku tetap yakin dia akan sembuh! 

Ya aku pernah keluar dengan dia dia duduk kerusi roda aku tolak memang best! ramai pandang. Daany sangatlah rasa bersalah tapi aku suka! aku tak kisah bagi aku sama je. Masa date dengan dia , sangatlah berbeza dia tak boleh makan sebarangan dia tak boleh kena cahaya matahari , dia tak boleh cedera kadang2 aku ni lebih annoyed dari doktor hahahaha katanye*

Banyaklah aku boleh berlajar iaitu sabar, kuat , Kalau ditakdirkan daany tinggalkan aku. Aku tak tahulah aku tetap teruskan hidup tapi agak sukar cari kekasih yang lain...itu je bubbye guys!

No comments:

Post a Comment